Pep Guardiola berkata aksi lambat panas menjadi punca Manchester City kebuntuan gol di babak pertama permainan ketika melayan kunjungan pasukan tercorot liga, Crystal Palace.

Aksi di Etihad kelmarin menyaksikan City hanya berjaya menembusi kekebalan bentang Palace pada minit ke-44 menerusi Leroy Sane.

Menurut Guardiola, hanya selepas dia mengarahkan pemain mengubah tempo permainan di babak kedua, barulah City berjaya menambah empat lagi gol menerusi Raheem Sterling (m-51 dan m-59), Sergio Aguero (m-79) dan pemain gantian Fabian Delph (m-89).

“Kami bermula baik tapi amat perlahan. Kami juga mencipta peluang tapi tiada tindakan penyudah.

“Selepas gol Sane, saya meminta pemain mempercepatkan tempo permainan di babak kedua.

“Sebaik tempo bertukar, kami tidak lagi kehilangan bola dan kami menguasai permainan,” ujar Guardiola.

Kemenangan besar itu membolehkan City memintas jiran tetangga, Manchester United di tangga teratas liga.

Yang Penting Menang Bukan Gaya

Tiga mata lebih penting bukan gaya permainan”, kata Jurgen Klopp selepas menyaksikan anak buahnya merakam kemenangan penting ke atas Leicester City 3-2 di Stadium King Power, kelmarin.

Ia kemenangan pertama Liverpool daripada empat perlawanan sejak dibelasah Manchester City 5-0 pada 9 September lalu.

Keputusan itu membolehkan Liverpool naik tiga anak tangga untuk menghuni tangga kelima carta liga.

“Kami bukan Harlem Globetrotters yang selalu menghiburkan penonton dengan aksi bola keranjang yang memukau.

“Itu (permainan cantik) bukan tujuan kami. Dalam setiap perlawanan kami tanamkan tekad untuk menang dan itulah yang terjadi malam ini.

“Saya puas hati dengan kemenangan ini kerana kami berjuang 90 minit untuk mendapatkannya,” ujar Klopp.

  • Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here