PUCHONG – Siasatan membabitkan penyelewengan dana yang didakwa dilakukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah bermotifkan politik.

Bekas menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, siasatan dianggap cubaan untuk menghancurkan masa depan politiknya selepas meninggalkan Umno.

Shafie turut menafikan memiliki 15 syarikat yang sedang disiasat berhubung penyeleweng dana berjumlah jutaan ringgit.

Beliau bagaimanapun sedia bekerjasama sekiranya dipanggil memberi keterangan kepada SPRM.

Mengulas mengenai penahanan salah seorang pemimpin kanan Parti Warisan Sabah, Shafie menyerahkan kepada pihak berkuasa dan undang-undang untuk menyiasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here