GEORGETOWN: Semua penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dilarang menyertai perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.  Larangan itu dibuat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM, Prof Datuk Dr Adnan Hussein, yang berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.  Adnan berkata, tindakan tata tertib akan dikenakan terhadap mana-mana pelajar USM yang didapati menyertai aktiviti terbabit. “Larangan ini juga adalah selaras dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 serta Perlembagaan USM,” katanya menerusi satu kenyataan media, sebentar tadi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here