pru14

Dakwaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bahawa BN membawa masuk lebih 50,000 pengundi  hantu di negeri ini untuk PRU14 adalah rekaan dongeng semata-mata.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pembohongan seumpama itu adalah sinonim bagi pembangkang kerana perkara sedemikian pernah dilakukan mereka semasa PRU ke-13 lalu.

“Sebagaimana kita tahu, pembangkang boleh ada-adakan cerita seperti apa yang dilakukan mereka semasa PRU lalu mendakwa BN membawa masuk 40,000 pengundi bangla.

“Namun akhirnya terbukti tuduhan berkenaan tidak betul kerana ia merupakan taktik pembangkang menjejaskan kredebiliti¬† BN sahaja” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Universiti – Industri Program Jelajah Kesedaran 2U2I ke sekolah Peringkat Negeri Perak, di Dewan Pekan Rabu, pagi tadi.

Tajuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak turut mempercayai bahawa akan ada lebih banyak cerita rekaan palsu yang akan dibuat oleh pihak pembangkang menjelang PRU ke-14.

Terdahulu, Kor Ming menerusi akaun Twitter miliknya memuat naik satu gambar bersama pimpinan Harapan di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak dengan memuat naik status , terbongkar BN letak 56,323 pengundi hantu di Perak.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here