Pengiktirafan isteri gabenor Sarawak keturunan Lubnan, Ragad Kurdi Taib, sebagai etnik Melanau, menyebabkan kekusutan perundangan yang mungkin mempunyai kesan jangka panjang terhadap hak peribumi, kata peguam hartanah.

Ketidakpuasan hati itu timbul daripada kemarahan sekian lama di kalangan penduduk Sarawak berhubung penafian hak tanah adat mereka dan kelewatan kelulusan mendapatkan kad pengenalan atau kewarganegaraan bagi mereka yang dilahirkan di Sarawak tanpa kerakyatan atau dokumen pengenalan diri.

Ragad yang dilahirkan di Syria, bersama dua anaknya daripada perkahwinan terdahulu, diiktiraf sebagai Bumiputera dan orang asal, mengikuti suaminya, Gabenor Abdul Taib Mahmud, 82, yang merupakan seorang Melanau.

Status mereka diwartakan pada November dan laporan Sarawak Gazette baru-baru ini menjadi tular di media sosial, menggemparkan orang asal.

Sebagai Melanau, mereka kini dibenarkan memegang tanah hak milik asli.

Ragad dan anaknya dijadikan Melanau di bawah Seksyen 20 Ordinan Mahkamah Anak Negeri dan peraturan 17F Kaedah Mahkamah Anak Negeri 1993.

Ordinan Anak Negeri Sarawak menydiakan peruntukan kepada pemohon yang berhasrat untuk bersama dengan mana-mana komuniti asal di Sarawak untuk berbuat demikian tetapi dengan prasyarat tertentu.

Antara syarat diperlukan adalah kemampuan bertutur bahasa asal dan pengetahuan tentang adat dan tradisi masyarakat itu.-MI

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here