PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu berkata penyelesaian politik dalam konflik di Syria adalah mustahil tanpa pelepasan Presiden Bashar al-Assad, dan menyifatkan Assad sebagai ‘pengganas’.

“Adalah mustahil untuk maju dengan Assad di Syria,” kata Erdogan pada sidang media selepas pertemuan dengan Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi.

“Bashar al-Assad adalah pengganas…Kita tidak boleh katakan individu ini teruskan kerjanya. Sekiranya kita lakukan, ia tidak adil kepada rakyat Syria yang sudah terkorban, tambahnya.

Turki membantah Assad sepanjang konflik, yang kini memasuki tahun ke tujuh, menyokong pembangkang yang cuba menjatuhkannya dan menuduh pemimpin Syria itu sebagai ketua jenayah perang.

Ankara kini merupakan pemain utama dalam usaha menamatkan perang dengan Rusia dan Iran, yang merupakan sekutu kuat Assad.

Kenyataan Erdogan itu timbul sehari selepas broker kuasa bersetuju mengadakan kongres keamanan untuk Syria di pusat peranginan Rusia, Black Sea di Sochi akhir Januari.

Cubaan sebelum ini untuk mengadakan kongres Sochi pada November gagal kerana kurang persetujuan antara mereka yang mahu menyertainya.

Lebih 340,000 orang terbunuh dan jutaan lagi dihalau dari kediaman mereka sejak tercetusnya konflik di Syria dengan bantahan anti-kerajaan pada 2011. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here