Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu membantu pemimpin Pemuda ke depan. Mengakui sudah terlalu lama memimpin sayap parti itu, Khairy berkata Umno mempunyai ramai pemimpin muda yang tidak dikenali ramai.

“Sukar untuk para pemimpin muda ini keluar dari bayang-bayang saya.

“Saya berikan mereka ruang dan sekarang lebih ramai dikenali dan terdedah dan saya rasa itu suatu permulaan,” katanya selepas menggulung Persidangan Pemuda Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Khairy diangkat sebagai ketua Pemuda pada 2009 selepas menewaskan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo untuk jawatan itu. Beliau mengekalkan jawatan itu pada pemilihan parti 2013.

Menurut Khairy, Pemuda Umno turut membincangkan soal pemilihan parti hari ini.

“Keputusan tentang pemilihan parti sudah selesai hari ini.

“Perkara yang kita putuskan ialah jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan kerana perwakilan Umno mahu kestabilan.

“Mengenai jawatan lain dalam parti, perkara itu akan dibincangkan selepas pilihan raya umum ke-14,” katanya, merujuk kepada PRU14 yang perlu dipanggil dalam tempoh 7 bulan.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here