bergaduh

Sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) yang pada awalnya  menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka bergaduh dengan Pemuda Umno.

Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun mereka dihalang kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak.

Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.

“Tujuan kami cuma nak hantar kad jemputan, bukanlah kita nak cari pasal, kita juga bukanlah berhimpun suka-suka dan bukan nak buat provokasi.

Menurut Datuk Armand Azha, pihak Armada dilihat terlebih dahulu membuat provokasi terhadap UMNO dengan tujuan untuk menimbulkan kekecohan.

Dengan jelas tadi kita tunjuk, (ARMADA) nak lintas jalan pun tak lepas. Bukan setakat nak lintas jalan, nak langkah satu langkah ke hadapan pun tak berani. Hari ni kita tunjuk siapa anak jantan.

“Kalau semangat ini mereka dah tak berani, belum lagi kita bunyikan gendang perang. Kalau kita bunyikan gendang perang, akan bangkit ratusan ribu anak pemuda Umno untuk pertahankan martabat agama,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here