SHAH ALAM – Pemuda Pas Kedah Hari Ini Mempelawa Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menyertai Parti Itu Bagi Meneruskan Perjuangannya Dalam Politik.

 

Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Azam Abd Samat Berkata, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Itu Telah Menunjukkan Prestasi Cemerlang Ketika Memerintah Selangor.

 

“Adalah Wajar Dengan Pengalaman, Kesungguhan Serta Rekod Tersebut Dilestarikan Demi Kepentingan Rakyat Dan Negara Yang Sememangnya Memerlukan Ahli Dan Tokoh Politik Amanah Juga Gigih Seperti Beliau.

 

“Karier Politiknya Tidak Harus Berakhir Begitu Sahaja Apabila Tamatnya Penggal Pilihan Raya Kali Ini, Setelah Beliau Terdahulu Meninggalkan Dunia Korporatnya Demi Menghambakan Diri Dalam Politik Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat,” Katanya Dalam Satu Kenyataan, Hari Ini.

 

Sebelum Ini, Abdul Khalid Telah Dipecat Dari PKR Serta Merta Setelah Parti Itu Mendapati Beliau Mengingkari Keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Berhubung Jawatan Menteri Besar Dan Beberapa Keputusan Abdul Khalid Yang Dilihat Membelakangkan Parti Dalam Pemerintahan Kerajaan Negeri.

 

Sejak Itu, Abdul Khalid Kekal Sebagai Ahli Bebas Tanpa Menyertai Mana-Mana Parti Sehingga Hari Ini.

 

Mohd Azam Berkata, Abdul Khalid Memerlukan Tapak Yang Kukuh Seperti Pas Untuk Meneruskan Perjuangannya.

 

“Beliau Memerlukan Satu Tapak Teguh Dan Kukuh Dalam Realiti Persaingan Politik Malaysia Ini Di Mana Kelazimannya Menuntut Perjuangan Individu Itu Adalah Menerusi Penglibatan Bersama Parti Politik Sedia Ada.

 

“Sehubungan Itu Bahtera Pas Adalah Yang Sesuai, Selari Dan Terbaik Untuk Tan Sri Khalid,” Katanya.

 

Tambahnya, “Saya Menyeru Beliau Untuk Tidak Bertangguh Lagi Dan Khususnya Pemuda Pas Kedah Bersedia Memberikan Slot Khas Menerima Penyertaan Beliau Pada Himpunan Anak Muda Bersempena Himpunan Tolak BN Yang Akan Berlangsung Pada Sabtu, 22 Ogos Ini Di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here