boikot

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Zulhazmi Hasan, Ketua Armada Bersatu Kelantan, Asran Alias, Ketua Angkatan Muda Kelantan (AMK), Hafidz Rizal dan wakil DAP Kelantan, Chu Keh Ching, boikot wacana terbuka ‘Kelantan Ambang PRU14, Parti Mana Bela Rakyat?’ yang bakal berlangsung di sini, malam ini.

Wacana yang dijangka mengumpulkan ketua-ketua sayap utama Pas, Umno, Bersatu dan PKR dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Pertahan namun diboikot kerana sikap tidak profesional penganjur yang langsung tidak menjemput Ketua Pemuda Amanah Kelantan.

Program tersebut bertujuan untuk mengumpulkan Ketua-Ketua Pemuda Negeri bagi mewakili parti masing-masing untuk berwacana di atas tajuk tersebut.

Kenyataan itu juga turut menyatakan perundingan telah dibuat agar wakil Pemuda Amanah Kelantan juga diberikan slot dalam program itu, namun ia masih gagal.

Presiden Pertahan, Nazman Che Ibrahim sebelum ini telah menyatakan wacana tersebut tidak melibatkan DAP dan Amanah memandangkan pihaknya telah mendapat arahan khusus untuk tidak mengaitkan apa-apa program dengan kedua-dua parti itu.

Selain itu juga, beliau memberitahu, kesemua panel sudah menyatakan persetujuan untuk hadir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here