ptptn

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan. Sehingga April 2016, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 2.49 juta peminjam melibatkan peruntukan berjumlah RM56.39 bilion.

Sejak mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997, PTPTN tidak pernah sunyi dari menerima pelbagai kritikan termasuk dilabel sebagai institusi yang membebankan serta tidak bersifat membantu. Antara isu yang pernah diutarakan ialah pemberhentian pinjaman kepada pelajar yang tidak melepasi gred 2.0, pengisytiharan pelajar muflis dan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Tidak dinafikan wujud kebenaran terhadap isu-isu di atas yang seringkali dibincang dan diperdebatkan terutamanya isu pembayaran semula PTPTN.

ptptnNamun dari satu perspektif, pernahkah kita terfikir bahawa PTPTN memerlukan pembayaran balik pembiayaan untuk dijadikan sebagai dana kepada generasi akan datang yang amat memerlukan? Ketegasan PTPTN dalam hal ini mempunyai asas kukuh yang perlu direnungi bersama. Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, setiap tahun, secara puratanya PTPTN memerlukan RM5 bilion untuk meneruskan pemberian hutang kepada peminjam sedia ada dan juga peminjam baharu. Lantaran itu, bayaran balik daripada peminjam terdahulu amat penting bagi memastikan kelangsungan dana ini, bukan semata-mata demi mengaut keuntungan.

Isu pembayaran semula berpunca daripada peminjam tegar culas membuat bayaran balik pinjaman. Banyak persoalan timbul mengapa peminjam ingkar dan mengambil mudah perkara berkenaan, sedangkan ribuan pelajar baharu lain menunggu untuk menerima bantuan yang sama. Pelbagai alasan diberikan peminjam PTPTN seperti belum mempunyai pekerjaan, sedang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mahupun alasan belum memperoleh pekerjaan setara kelayakan akademik, yang mana secara tidak langsung memberi makna gaji diterima rendah dan tidak mencukupi. Namun, rata-rata mereka mempunyai pinjaman lain seperti perumahan, kenderaan dan pembiayaan peribadi. Mereka memberikan keutamaan untuk membuat bayaran balik pinjaman yang lain itu, berbanding membayar balik pinjaman PTPTN.

ptptnApabila PTPTN mengambil pendekatan menyenaraihitamkan nama peminjam dalam rekod istem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi bayaran balik hutang pembiayaan, institusi tersebut terus dihentam. Para peminjam melihat pendekatan yang diambil membebankan kedudukan kewangan mereka yang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di samping masalah pengangguran dalam kalangan graduan. PTPTN menegaskan bahawa tindakan tersebut bertujuan memberi kesedaran, rasa tanggungjawab dan membina sikap berdisiplin dalam diri peminjam untuk melaksanakan bayaran balik pinjaman mereka demi kesinambungan generasi akan datang.

Pokoknya, hutang mesti dibayar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap peminjam mencari jalan keluar bagi menjelaskan hutang tersebut. Pihak PTPTN telah menyediakan pelbagai insentif bagi bayaran balik termasuk menawarkan pakej ujrah, diskaun serta menyediakan pelbagai kaedah bayaran balik seperti potongan gaji, secara atas talian, malah membuka banyak kaunter PTPTN di kawasan tumpuan awam. Namun masih terdapat peminjam yang langsung tidak ada inisiatif untuk berbincang dengan pihak PTPTN bagi melangsaikan pinjaman. Makanya, jika tindakan tegas dikenakan ke atas peminjam yang ingkar, jangan salahkan PTPTN memandangkan peringatan demi peringatan telah dilakukan setiap masa melalui hebahan media dan sebagainya.

1 COMMENT

  1. Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman pinjaman tulen? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. pinjaman kami kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
    sila hubungi kami melalui e-mel melalui [email protected]. Jadi, jika anda ingin mendapatkan pinjaman daripada syarikat saya, anda boleh hubungi kami hari ini.
    Terima kasih

    Puan Patricia James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here