Pas dijangka menyenaraikan pemimpin utama parti itu bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU 14 nanti.

Kali ini, antara nama yang dikaitkan penghijrahan itu termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan, Nasruddin Hassan Tantawi.

Mengulas spekulasi itu, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi tidak menolak kemungkinan kehadiran nama besar dalam senarai calonnya di negeri ini bagi tujuan mengekal dan mengukuhkan kepimpinan kerajaan Pas Kelantan.

Dalam masa yang sama katanya, tindakan itu bagi membolehkan pemimpin berkenaan berada dalam Parlimen sekaligus menguatkan parti.

“Kita akui ada  memyenaraikan calon (luar) itu, mengenai jumlah, tidak ada syarat berapa ramai, ia mengikut keperluan.

“Yang pasti ‘pemain import’  yang dibawa itu adalah bagus dari pemain tempatan,  kita nak tokoh-tokoh yang ada Parlimen nanti dari (pemimpin) yang kuat, itu strategi dibuat oleh parti,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan kunjungan Pimpinan Persatuan Sufi, Dr Mazen Cherif di Hotel Al Khatiri di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya kesahihan Tuan Ibrahim akan bertanding di negeri ini, Che Abdullah yang juga exco kerajaan negeri tidak menafikan perkara itu, namun negeri Pahang juga berpontesi itu pemimpin utama Pas itu.

“Yang pastinya beliau (Tuan Ibrahim) akan bertanding, tetapi tidak tahu di mana, mungkin di Kelantan, mungkin juga di Pahang,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut membayangkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bakal mempertahankan parlimen Kota Bharu.

Sementara itu, Che Abdullah yakin, sebagai mana PRU sebelum ini, ahli tidak ada masalah untuk menerima calon luar bagi mengukuhkan kekuatan Pas secara keseluruhannya.

“Pemikiran prang Pas sama macam orang Cina, mereka mahu pemimpin utama ada di Parlimen, contohnya, Lim Kit Siang pernah bertanding di Melaka dan Pulau Pinang,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here