Semenjak akhir – akhir ini terdapat banyak saranan supaya ahli politik yang sudah lama berada atas pentas politik untuk berundur dan bersara sepenuhnya dari dunia politik supaya tempat mereka dapat digantikan dengan golongan yang kononnya lebih muda.

Saranan sebegini bukan lah satu saranan yang jarang – jarang kita dengari kerana ia bukan sahaja sering diperkatakan setiap kali hampirnya musim pilihanraya dalam negara kita malah ia juga turut berlaku di hampir semua negara di serata dunia.

Terdapat pelbagai sebab kenapa saranan sebegini sering muncul tiap kali tibanya musim pilihanraya dan antara sebab yang paling mudah ialah orang ramai beranggapan apa yang sudah diberikan oleh generasi lama selama ini sudah tidak dapat memenuhi tuntutan semasa dalam negara.

Oleh itu adalah lebih baik bagi memastikan keadaan berubah serta berubah dengan cepat dan menyeluruh, cara yang selalunya difikirkan sesuai ialah dengan mengantikan semua generasi lama yang ada dengan yang baru.

Amat malang bagi mereka yang masih percaya dengan teori ini, mengantikan generasi lama dengan yang baru tidak selalunya akan membawa sebarang perubahan kerana perlu diketahui bahawa kebanyakkan generasi baru ini juga banyak yang terpengaruh dengan cara hidup dan pemikiran generasi lama.

Ini berlaku kerana kebanyakkan generasi baru yang baru hendak berjinak – jinak dengan dunia politik ini memerlukan seorang mentor atau jurulatih bagi membantu mereka bertapak dalam dunia politik yang penuh dengan pancar roba ini.

Secara tidak langsung generasi baru ini terikut – ikut dengan tatacara, perangai serta pemikiran generasi lama. Akibatnya, sekiranya generasi baru ini ditakdirkan mengantikan generasi lama satu hari nanti, mereka juga akan menjadi seperti generasi lama.

Maka, tiada lah sebarang perubahan nyata yang akan berlaku melainkan pengantian dengan muka baru yang kelihatan muda sahaja. Apa yang ingin ditegaskan disini, sebarang perubahan yang ingin dilakukan perlu dilakukan dengan secara total, bukan setakat perubahan dari aspek umur sahaja.

Generasi muda yang beria – ia untuk berada atas pentas politik perlu memastikan mereka betul – betul membawa perubahan yang nyata kepada masyarakat. Generasi baru ini tidak perlu terikut – ikut dengan cara dan pemikiran orang lama. Jadilah diri sendiri, gunakan idea sendiri serta berani untuk bersuara terhadap sesuatu yang difikirkan tidak benar.

1 COMMENT

  1. setuju dengan pendapat dr muzaffar tentang perlunya generasi baru meneraju kepimpinan negara. bagi saya, keseluruhan kepimpinan hendaklah diisi dengan generasi baru, tidak seorangpun orang lama. selagi ada mereka generasi baru sukar untuk bergerak secara bebas. slogan tiada lama tiada baru tidak diperlulkan di sini. kerana sebahagian besar generasi lama sudah tercemar dengan rasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here