KUALA LUMPUR: Zurich Insurance Malaysia Bhd (Zurich Malaysia) memperkenalkan Optimuz, penyelesaian insurans semua dalam satu khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menawarkan hingga 11 jenis perlindungan kepada pemilik perniagaan.

Daripada 11 jenis perlindungan yang boleh dipilih oleh pemilik perniagaan, 10 daripadanya adalah di bawah Insurans Am manakala satu lagi adalah pilihan Insurans Hayat Berkumpulan.

Presiden Insurans Am Zurich Malaysia, David Fike, berkata pelancaran Optimuz adalah bagi membolehkan syarikat insurans itu merebut peluang yang disediakan dalam pasaran PKS di Malaysia yang menjadi penyumbang penting pertumbuhan ekonomi negara ini.

Beliau berkata, peluang itu adalah bersandarkan kepada perangkaan yang menunjukkan PKS membentuk 97 peratus daripada perusahaan yang terdapat di Malaysia atau kira-kira 600,000 syarikat secara keseluruhannya. “Buat masa ini, pelanggan PKS kami berjumlah 20,000. Jumlah PKS yang ada di Malaysia menunjukkan skala peluang yang boleh diraih dalam masa yang terdekat ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Optimuz di sini, hari ini.

Pelancaran turut disempurnakan Pengerusi SME Corporation Malaysia, Tan Sri Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Malaysia, Philip Smith. 11 jenis perlindungan yang ditawarkan Optimuz ialah Insurans Kebakaran, Insurans Kerugian Akibat Kebakaran, Insurans Peralatan Risiko Menyeluruh, Insurans Pecah Masuk, Insurans Wang, Insurans Plat Kaca, Insurans Jaminan Kesetiaan dan Insurans Liabiliti Am.

Dr Al Amin (kiri) berjabat tangan dengan Philip Smith pada sidang Media selepas majlis pelancaran Optimuz - Foto BERNAMA
Dr Al Amin (kiri) berjabat tangan dengan Philip Smith pada sidang Media selepas majlis pelancaran Optimuz – Foto BERNAMA

Perlindungan lain seperti Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan, Insurans Kemalangan Diri Pekerja Utama dan Insurans Hayat Berkumpulan. Premium yang dikenakan Optimuz adalah daripada RM1,000 hingga RM12,000.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here