KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemain pasaran modal perlu mengenal pasti, memahami dan mengurangkan dengan sewajarnya potensi risiko dalam pasaran berkaitan keselamatan siber, perlindungan pelabur dan integriti pasaran.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia Datuk Ranjit Ajit Singh berkata bagi menjayakan peranan ekonominya, pasaran bukan sahaja perlu selamat tetapi juga harus mempunyai tujuan dan boleh diakses kepada berjuta-juta pelanggan dan perniagaan.

Beliau berkata sudah tentunya berlakunya kegagalan pasaran seperti asimetri sistem dan monopoli yang membawa kepada pengguna sistem kewangan yang tidak sepatutnya, yang menjejaskan kedinamikan keseluruhan ekonomi.

“Kemungkinan penyelesaian bagi isu ini mungkin terletak pada teknologi, yang akan mengubah keupayaan pasaran kewangan dan menambah baik rantaian nilai tradisional perniagaan.

“Dengan menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan di samping meluaskan akses dan mengurangkan kos, teknologi berpotensi membawa kepada pasaran yang lebih cekap dan inklusif,” katanya dalam ucapan pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia, di sini, hari ini.

Beliau berkata peningkatan teknologi kewangan ketika ini berpotensi besar untuk mengganggu model perniagaan sebelumnya dan menarik kepada khalayak yang lebih luas dengan menjanjikan perkhidmatan mesra pengguna yang melangkaui halangan demografi, geografi dan prasarana.

Simposium dua hari itu juga dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa ucap tama beliau, Najib mengumunkan penubuhan Alliance of FINtech Community ([email protected]), yang bertujuan menghubungkan usahawan teknologi kewangan dengan pelabur, penyelidik, mentor dan agensi kerajaan berkaitan.

[email protected] diletakkan di bawah SC yang menjadi peneraju bagi inisiatif ini.

Ranjit berkata penggubal dasar dan sektor swasta perlu bekerjasama memupuk pasaran bagi memastikan pertumbuhan teknologi kewangan menjadi satu kenyataan.

“Sebagai pengawal selia, saya percaya kita boleh memainkan peranan pemudah cara dengan pelbagai kaedah menyediakan pembiayaan yang amat diperlukan bagi usahawan teknologi kewangan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here