Tiga juara dunia, Al Jufferi Jamari (silat), Cheong Jun Hong (terjun) dan Azizulhasni Awang (berbasikal) dipilih sebagai pembawa bendera kontinjen negara pada upacara pembukaan Sukan SEA 2017 ( KL17), 19 Ogos.

Pemilihan ini dibuat sebagai penghargaan buat ketiga-tiga atlet berkenaan selepas mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat selepas membuat penilaian secara terperinci.

“Selepas lama memikirkan perkara ini, kita buat keputusan melakukan kelainan pada Sukan SEA kali ini iaitu akan ada tiga pembawa bendera.

“Mereka adalah tiga juara dunia dan ini sebagai penghormatan buat Al Jufferi, Jun Hong dan Azizulhasni,” katanya di majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Al Jufferi nyata terkejut dengan pemilihannya dan kini tidak sabar untuk menghadirkan kejayaan buat kontinjen negara.

“Saya langsung tidak tahu mengenai pemilihan. Saya hanya diberitahu untuk bersedia tetapi tidak dimaklumkan untuk apa.

“Pemilihan ini membuatkan saya semakin bersemangat dan kalau boleh mahu Sukan SEA bermula esok,” katanya. – Berita Harian

SHARE
Previous articleAliff Aziz Persoal Penjelasan Afifah Nasir
Next articleSaya Mahukan Bale – Mourinho
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here