Gaya politik matlamat menghalalkan cara Tun M terus merasuk gabungan pembangkang apabila setiap hari rakyat didedahkan dengan pembohongan dan penipuan dalam ceramah-ceramah politik yang dianjurkan PH. Malah PPBM parti yang dipengerusikan oleh Tun M yang kini dibubarkan sementara terus melakukan serangan terhadap agensi Kerajaan seperti ROS yang hanya menjalankan tugas mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Malah tidak cukup dengan itu, BN turut dikaitkan sebagai punca pembubaran sementara itu.

Terbaru disebabkan mahu terus mengelirukan rakyat dan dalam keadaan yang cukup terdesak, PPBM cuba memburukkan UMNO dan BN melalui saluran perundangan. Ini merupakan satu tindakan paling teruk pernah diambil PPBM untuk menyerang lawan. Sedangkan masalah yang berlaku antara PPBM dan ROS ialah kerana kelemahan pengurusan PPBM sendiri. Ia terkait dengan isu teknikal sesebuah pertubuhan politik. Malah UMNO dan BN langsung tidak ada kena-mengena dengan apa-apa yang terjadi kepada PPBM.

Namun disebabkan sikap angkuh dan semakin muflis idea, PPBM cuba mencetuskan kekecohan dan pandangan negatif terhadap UMNO dan BN. Kita melihat bagaimana secara tiba-tiba pegua PPBM mendakwa UMNO tidak mengikut perlembagaan dan dikatakan gagal mengadakan pemilihan pada tempoh sepatutnya. Malah hal-hal remeh yang tidak masuk akal seperti soal warna logo dacing juga cuba dijadikan isu. Ini ialah satu tindakan terdesak dan bukti bagaimana PPBM tidak pernah mahu cuba belajar untuk membaiki kesilapan sendiri, sebaliknya lebih gemar untuk menyalahkan pihak lawan.

Malah peguam berprofil tinggi seperti Haniff Khatri Abdulla juga sudah seperti dicucuk hidung dan bertindak memalukan diri sendiri apabila sanggup membiarkan kerjaya hebatnya dalam bidang guaman dimanipulasi oleh PPBM semata-mata kerana sikap tamak kuasa dan sombong pemimpin parti pembangkang berkenaan. Melalui apa yang berlaku ini kita dapat melihat bagaimana pembangkang sebenarnya hanya mampu bersandar kepada persepsi semata-mata, tetapi bukan fakta. Jika mereka bersandar kepada fakta, rakyat akan menghukum mereka selepas mengetahui hakikat sebenar perjuangan PH.

UMNO dan BN berada di pentas politik jauh lebih lama daripada PPBM dan segala-gala isu teknikal berkaitan parti ini sudah diselesaikan secara penuh tertib mengikut perundangan. Malah penangguhan pemilihan parti juga telah mendapat kebenaran ROS. Apa yang dilakukan BN terus berpegang kepada undang-undang. Tidak sesekali melanggarnya. BN sudah biasa dalam berhadapan dengan sebarang konflik dan tuduhan terbaharu oleh PPBM ini hanya satu helah untuk mengalh perhatian rakyat daripada melihat kebenaran dan hakikat sebenar kecelaruan pembangkang menguruskan organisasi sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here