Pemain Arsenal memiliki mentaliti juara dalam misi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri pengendali The Gunners, Arsene Wenger selepas melihat kemampuan pemainnya bangkit menumbangkan Bournemouth 3-0 yang sebelum itu tewas kepada  Liverpool (0-4) dan Stoke City (1-0).

“Apa yang boleh saya katakan ialah pemain menunjukkan moral dan semangat bangkit melawan tinggi. Mereka tidak mudah kecewa kalah dua kali berturut-turut.

“Semangat ini membezakan antara pemain lain di EPL dengan pemain Arsenal,” katanya.

Menurutnya, kemenangan ke atas Bournemouth itu memadam sedikit  pandangan negatif penyokong Arsenal sebelum ini.

“Pemain menunjukkan disiplin tinggi dan mampu menjadi juara EPL jika teruskan aksi konsisten,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here