Peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan) berkempen dilihat samar kerana penganalisis dan ahli politik berpandangan PRU14 berlangsung sebelum Jun.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menunggu tempoh lebih lama kerana Parlimen secara automatik terbubar pada 24 Jun.

“Saya percaya PRU14 akan diadakan sebelum pembebasan beliau (Anwar) kerana ia juga antara salah satu faktor diambil kira BN.

“Walaupun Anwar tidak boleh bertanding, tapi beliau masih bebas terlibat dalam kempen dan sebagainya,” katanya, semalam.

Beliau turut menjangkakan, PRU14 berkemungkinan diadakan dalam tempoh April hingga Mei ini-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here