pelantikan

SHAH ALAM – Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengumumkan tiga pelantikan baru dalam memperkukuh struktur organisasi parti tersebut.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

“Pengarah Pilihanraya adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi memperkukuhkan Jawatankuasa Pilihanraya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi pula disandang oleh Mohamad Sabu manakala Ketua Angkatan Wanita Pakatan Harapan pula dipegang oleh Zuraida Kamaruddin,” katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu dengan menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Mahathir sebagai Pengerusi dan Presiden adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan yang berlangsung lebih 4 jam pada 14 Julai lalu.  – Sinar Harian –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here