KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Komuniti Pakatan Teknologi Kewangan atau  [email protected] bagi menggalakkan minat ke arah pembangunan kewangan teknologi (fintech).

NAJIB RAZAK / WORLD CAPITAL MARKET SYMPOSIUM
Ucaptama oleh Datuk Seri Najib Razak di Simposium Pasaran Modal Sedunia.

Penubuhan komuniti itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Simposium Pasaran Modal Global 2015 yang dianjurkan SC di sini hari ini.

Najib berkata, penubuhan komuniti itu bertujuan menghubungkan usahawan fintech dengan pelabur, penyelidik, mentor dan agensi kerajaan berkaitan dalam meningkatkan tahap kesedaran mengenai peluang yang wujud dalam sektor itu.

Beliau berkata, komuniti itu juga untuk memacu pembentukan dan pembangunan perniagaan dengan menubuhkan hub untuk memupuk ekosistem fintech dan menyediakan persekitaran perundangan yang menggalakkan inovasi kewangan bertanggungjawab.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here