pelajar perempuan pukul rakan 'berjemaah'
Cover image via siakapkeli

Sejak semalam tular di laman sosial sekumpulan pelajar perempuan pukul rakan ‘berjemaah’ dari sebuah sekolah menengah di Kunak, telah menumbuk dan menendang ramai-ramai seorang rakan mereka dalam satu pergaduhan di atas padang sekolah di daerah ini.

Video yang berdurasi 1 minit 39 saat itu mulanya menunjukkan hanya dua orang pelajar perempuan yang bergaduh, bagaimana pun rakan-rakan dari seorang pelajar itu telah masuk campur dengan turut menumbuk dan menendang mangsa.

Ketika itu mangsa dilihat merayu supaya mereka berhenti memukul dan selesaikan masalah mereka cara baik namun tidak diendahkan dengan mereka terus memukulnya.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya,” katanya

Baca lagi: Video Kes Buli Pelajar Di Sekolah Kini Viral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here