KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat pertumbuhan pelaburan yang baik dan stabil pada separuh pertama tahun ini dengan pelaburan baharu yang diluluskan mencecah RM113.5 bilion berbanding RM112.0 bilion bagi tempoh sama tahun lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata keyakinan pelabur mengekalkan pertumbuhan Malaysia dengan pelaburan yang dilaksanakan di bawah RMK10 kini mencecah RM813.5 bilion, melebihi sasaran awal RM740 bilion. Beliau berkata, angka itu dicapai walaupun berdepan pertumbuhan pelaburan swasta yang lebih perlahan 3.9 peratus ketika suku kedua.

 

“Setakat Jun 2015, MIDA kini memiliki 299 projek dalam perancangan dengan nilai pelaburan RM21.8 bilion dalam pengilangan dan sektor perkhidmatan,” katanya mengumumkan prestasi pelaburan Malaysia bagi suku pertama 2015 di sini, hari ini. – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here