polis

Ketua polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan lanjut terhadap dakwaan itu sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota polis yang telah melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

 

polis

 

 

“Kita memberi jaminan siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dijalankan secara telus dan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Siasatan dua hala turut dilakukan terhadap kesahihan aduan ini dan sekiranya terbukti wujudnya unsur-unsur tohmahan atau apa-apa agenda yang berniat tidak baik untuk mencemarkan nama baik dan reputasi pegawai terlibat sekali gus mencalarkan imej PDRM, maka suatu laporan rasmi polis akan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan rapi akan dijalankan terhadap penulis aduan ini atau sesiapa sahaja yang berniat jahat untuk mencemarkan nama baik serta reputasi pasukan PDRM.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here