Menarik bila isu Palestin juga dipolitikkan. Ada yang kata Malaysia ni dah makin friendly dengan US & Trump sebab YAB PM bukan main deal sana sini lobi macam-macam. Maka ada yang mentafsirkan Malaysia tidak lagi memperjuangkan Palestine seperti kepimpinan-kepimpinan terdahulu. Malah ada yang kata kerajaan kita dah bacul berhubung isu Palestine dan takutkan US. Benarkah?

Pada hemah saya bak samakan isu tersebut samalah seperti saya sebagai seorang Muslim yang menjalani kehidupan sebagai seorang Islam tapi kamceng dengan seorang cina Kristian tok-tok. Adakah demi menjaga persahabatan saya perlu kikis prisip Islam seperti minum beer atau tinggalkan solat? Sudah tentu tidak! Sama juga seperti deal dan lobi Malaysia-US, kita tidak perlu buang prisip agama Islam, yang perlu hanyalah mutual respect & understanding dua pihak yang berurusan, itu sahaja!

Isu Palestine merupakan isu yang dekat di hati kita sebagai umat Islam. Mungkin kita tidak mampu angkat senjata. Mungkin kita tidak mampu bertempur. Namun sedikit sebanyak ayuhlah kita mendoakan agar saudara sesama Islam di Palestine, tidak kiralah pengikut Hamas atau Fatah, kerana kedua-duanya Islam, memperjuangkan hak mereka menuntut tanah tumpah darah mereka. Sebagai insan yang kerdil, doa saya sahaja yang termampu bagi menyatakan intifada terhadap kebatilan Israel.

Sebagai sebuah negara Malaysia sudahpun menghantar bantahan rasmi menyatakan pengumuman Trump pada 6 Disember yang lalu merupakan idea yang bodoh dan dikutuk Malaysia secara keseluruhannya. YAB PM juga telahpun dipanggil menghadiri mesyuarat OIC tergempar pada 13 Disember nanti. Malah President Turki Erdogan telah menyatakan betapa pentingnya YAB PM untuk hadir ke mesyuarat ini dan pentingnya suara Malaysia melaungkan solidariti sebagai umat Islam memperjuangkan hak dan kebebasan Palestine.

‎! الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر

Baca lagi: Malaysia Palestin Stand Does Not Affect US-M’sia Ties

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here