Pasaran getah Malaysia diramal kekal lemah minggu depan, menjejaki prestasi lembap komoditi itu di pasaran hadapan Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM). Peniaga berkata, pasaran hadapan getah TOCOM, yang menetapkan rentak untuk harga tayar getah di Asia Tenggara, mengakhiri dagangan minggu ini pada paras terendah dalam tempoh lebih enam tahun.

Data pengeluaran China yang lebih rendah juga memberi tekanan kepada harga getah kerana penggiat pasaran bimbang ia mungkin menandakan ekonomi negara itu, pengguna utama getah, hilang momentum pertumbuhan.

“Penyusutan ringgit mungkin meningkatkan minat belian terhadap komoditi itu, bagaimanapun kenaikan akan disekat oleh kebimbangan mengenai bekalan yang cukup,” tambahnya.

Pada asas mingguan, pasaran tempatan diniaga lebih rendah dengan harga Lembaga Getah Malaysia pada tengah hari untuk gred tayar SMR 20 turun 25 sen kepada 508.5 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 6.5 sen kepada 409 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang untuk SMR 20 susut 28 sen kepada 507 sen sekilogram manakala susu getah pukal jatuh tujuh sen kepada 408 sen sekilogram. Minggu dagangan adalah singkat selama sehari kerana pasaran tempatan ditutup pada Isnin sempena cuti Hari Kemerdekaan.

Sumber: BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here