Pas tidak pernah kafirkan orang Umno sebagaimana dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, dalam isu ‘kafir mengkafir’ Pas hanya menjelaskan perkara yang boleh membatalkan syahadah dan menjadi kufur agar umat Islam berhati-hati.

“Dalam istilah fiqh ia dipanggil  at-Takfir bin Nau’ ” atau takfir secara umum. Atau juga disebut” Takfir Berdasarkan Sifat.” Ia adalah perbahasan yang makruf di kalangan ulama dalam kitab-kitab Aqidah.

“Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menjelaskan konsep Takfir ini seperti firman ALLAH dalam surah al-Maidah ayat 44. “Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka merekalah sebenar-benar orang yang kafir,” jelasnya.

Jelasnya lagi, adapun menghukumkan seseorang Muslim secara individu sebagai kafir ia bukannya tugas pendakwah tetapi hakim di mahkamah setelah ditegakkan hujah.

“Seorang yang melafazkan kata kufur tidak semestinya terus menjadi kafir melainkan apabila cukup segala syarat-syarat yang mengesahkan dirinya terkeluar daripada Islam,” katanya.

Mengulas lanjut,Mohd Khairuddin berkata, Mahathir dalam menyerang Pas, sengaja membangkitkan isu kafir mengkafir bagi menanam kebencian terhadap Pas dan menjauhkan masyarakat Islam daripada Pas.

“Itu adalah strategi  Mahathir ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Katanya, masyarakat Islam boleh menilai pendekatan semasa Pas yang harmoni.

“Pas sudah jauh menapak ke depan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan sejak akhir 2015,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here