Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki percaya negara akan terjerumus pada kerosakan lebih teruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik semula sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menerajui negara ini pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Ini kerana katanya, mengembalikan bekas perdana menteri itu ke tampuk pemerintahan negara akan menyaksikan agenda reformasi yang diperkenalkan sejak dua dekad yang lalu akan berkubur.

Oleh sebab itu, menurutnya, tindakan berkenaan tidak menyumbang kepada agenda membaiki kerosakan negara akibat dari dasar dan amalan zaman Dr Mahathir yang sehingga hari ini masih membebankan rakyat.

“Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau memperkenalkan dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat.

“Ketika pemerintahan Dr Mahathir, beliau melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa perdana menteri begitu besar sehingga berlaku campur tangan terhadap institusi kehakiman dan legislatif.

“Malah, beliau sebagai perdana menteri berjaya menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983 dan 1993,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan di Harakahdaily.

Mohd Zuhdi yang juga adalah pengarah pusat penyelidikan PAS berkata, pelbagai usaha pembetulan semula dilakukan pada zaman pemerintahan dua perdana menteri selepas Dr Mahathir masih belum berupaya membaiki kerosakan itu.

“Sekiranya Dr Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi, diyakini beliau akan menjadi lebih kuku besi daripada sebelum ini.

“Di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir memperkenalkan dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here