Screen Shot 2015-08-25 at 6.42.04 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – PAS tidak akan mengerahkan anggota dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata tarikh perhimpunan itu yang hanya selang sehari dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, adalah dirasakan tidak sesuai.

Beliau berkata PAS hanya akan menghantar wakil ke acara itu.

Anggota Parlimen Kota Baharu itu turut mengingatkan ketenteraman awam serta kestabilan negara mesti dijaga dan ini menjadi tanggungjawab semua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here