“Saya tidak mahu mengkhianati rakyat dengan menjadi calon parti (Pas) yang hanya mahu menang 40 kerusi dan tidak bersedia mengambil alih kuasa politik negara ini pada PRU14,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, jika Pas hanya menyasarkan kemenangan sebanyak 40 kerusi, rakyat akan terus terbeban disebabkan kos sara hidup semakin meningkat, harga barang naik dan terus ditekan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Dalam satu wawancara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Pas hanya mahu menang 40 daripada 222 kerusi pada PRU akan datang.

“Pastinya jika berjaya menang 40 kerusi berkenaan, tidak akan perubahan kepada negara ini selepas PRU. Umno dan BN akan terus memerintah serta rakyat akan tetap dikenakan GST,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan parti itu tidak akan lagi mencalonkan Mahfuz sebagai calon PRU14 memandangkan beliau lebih cenderung kepada Pakatan Harapan.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here