Pas sudah lali dengan cerita direka untuk merosakkan kepercayaan penyokong parti itu, sekali gus menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin sebagai mengarut.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas juga sering tidak ketinggalan dikhabarkan dengan berita hubungan dan pakatan antara parti-parti politik yang ada, namun melihat perkara tersebut sekadar ‘khabar angin’ semata-mata.

“Kalau nak cakap fasal khabar angin ni, kami pun dengar khabar angin tentang Bersatu dengan Umno, dan tidak mustahil perkara itu berlaku lebih daripada khabar angin. Tidak pelik. Siapa dia (Kadir) untuk cakap sampai macam itu? Sedangkan ia mengarut,” katanya mengulas dakwaan A Kadir mengenai wujud perjanjian sulit di antara Pas dan Umno Kelantan untuk perancangan PRU14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here