“Walaupun RUU164 dibawa oleh Kerajaan, 13 Ahli Parlimen Pas menentang, namun kerana peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 orang baru boleh dikira undi belah bahagi’ Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata.

“Sikap Pas adalah jelas, jika baik untuk Islam maka kita akan sokong tidak kira siapa yang bawa usul, kalau sebaliknya, Pas akan tentang walaupun dibawa oleh Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula RUU 164.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.

“Nasihat kepada ahli Pas, janganlah kita terlajak ‘cerdik’ tuduh mereka yang sokongRUU 164 dedak Umno/BN.

“Seperti yang selalu dituduh kepada Pas, biarlah mereka kata kita. Buktikan dengan amalan dan selagi kita pegang dengan Islam, kita tenang dengan semua keadaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here