amanat hadi

“Amanat Hadi” yang baru-baru ini timbul kembali perlu dijauhi PAS kerana ucapan itu boleh menyemai keganasan seperti yang dilakukan IS.

“Implikasi amanat itu banyak keburukan dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi ia bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin.

Isu “Amanat Hadi” kembali menarik perhatian selepas insiden berdarah Kampung Memali 1985 dibangkitkan baru-baru ini.

Ada pihak yang mengaitkannya dengan seruan Hadi membidas ahli Umno.

Wan Ji yang juga bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor, berkata beliau pernah menyarankan ahli PAS mengabaikan Amanat Hadi.

Menurutnya, sikap kafir-mengkafir merupakan langkah awal sebelum keganasan berlaku.

“Ini kerana amanat itu bercanggah dengan Islam,” katanya.

Pada 7 April 1981, Amanat Hadi adalah sedutan daripada ucapan Hadi di Kuala Terengganu, dicetak dan disebarkan ke pelosok negara oleh PAS ketika itu.

Ia membidas Umno kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, dan menganggap perjuangan PAS sebagai jihad yang menjanjikan syahid.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 menyifatkan ucapan itu mendorong kafir-mengkafir dan bertentangan dengan Islam.- FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here