Pas Kelantan mengesahkan tiada sebarang senarai calon rasmi dikeluarkan setakat hari ini, kata Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.

Menurutnya, bagaimanapun beliau mengakui senarai panjang nama-nama calon yang dicalonkan oleh peringkat bawahan telah diserahkan kepada Pas Pusat, namun keputusan akhir masih belum diputuskan dipihak tertinggi itu.

“Senarai itu kita sudah serahkan, iaitu hasil pencalonan ahli-ahli peringkat bawah. Maksudnya kalau sehari dua ni kita dapat tulisan yang sebut nama-nama yang digugurkan, nama dipindahkan, itu adalah ramalan rambang. Pas Kelantan masih belum ada lagi senarai pendek nama calon,itu semua andaian, tidak betul,” katanya kepada media di sini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu mengenai senarai calon Pas Kelantan yang kini mula tersebar.Senarai tersebut turut tertulis nama mereka yang digugurkan untuk PRU14 kali ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad  sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan selepas PRU14 ini, Che Abdullah berkata, Mahathir mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan, sekali gus menjadi alasan kukuh kenapa rakyat tidak memilih pemimpin itu.

“Tun M dulu masa jadi Presiden Umno, dan perdana menteri, memang menganaktirikan Kelantan. Hingga ke hari ini, Kelantan tetap didiskriminasikan. Tengok zaman dulu, isu pelaksanaan Hudud,  hak royalti rakyat, semuanya tetap dianaktirikan, dinafikan.

“Maknanya sama ada zaman Mahathir ke Datuk Seri Anuar Ibrahim ke, tetap anak tirikan Kelantan. Hak pelabuhan zaman, hak lapangan terbang antarabangsa, lebuh raya pantai timur, semuanya dinafikan. Rakyat Kelantan sangat sedari, sepatutnya selepas ini kita mendapat perdana menteri yang jauh lebih baik daripada Tun M dan Umno kini,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here