mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas memecah-belahkan orang Melayu Islam.

“Sebagai parti politik yang bersandarkan Islam, Pas dilihat kini bertentangan dengan ajaran Islam apabila mereka berjaya memecahkan orang Melayu Islam kepada dua entiti.

“Sepatutnya,mengamalkan ajaran yang sama, mazhab Syafie. Kenapa kena ada dua entiti atas nama Islam yang berbeza?

“Sebelum Pas , tiada pun perpecahan,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu, Pas kekal dengan pendirian untuk tidak bersama Pakatan Harapan dalam PRU14 ini atas sebab DAP dan Amanah.

Tambah Mahathir lagi, beliau melihat sekarang ini pengikut lebih banyak bersandarkan pemimpin daripada ajaran Islam itu sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here