pru14

Hampir 50 peratus calon PAS untuk pilihan raya umum PRU14 terdiri daripada golongan muda yang dipercayai mampu memenangi sokongan pengundi.

Dengan keyakinan itu, ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata parti itu juga bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru melawan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

“Bagi PRU14, tumpuan utama kami ialah ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor.

“Bagaimanapun, kita tidak akan mengabaikan kebarangkalian calon akan menang di Perlis, Pahang dan Perak,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Jentera Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah¬†semalam.

Beliau berkata parti itu pasti bergantung pada kekuatannya sendiri, dan bukan bergantung kepada kelemahan BN dan Pakatan Harapan, untuk memastikan kemenangan pada PRU14.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here