Pas difitnah khianati Kerajaan Selangor apabila menyatakan hasrat untuk memimpin negeri itu selepas PRU14 nanti.

Setiausaha AMK Selangor, Syed Badli Syed Osman berkata, Pas seharusnya mempertahankan pentadbiran sedia ada selaras dengan hasrat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan keharmonian dan muafakat dalam kerajaan negeri itu.

“Malangnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebut tanpa selindung bahawa mereka ingin mengetuai pemerintahan kerajaan negeri Selangor selepas PRU14.

“Malah kenyataan ini juga ibarat mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepada Pas untuk sama-sama memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan media,”katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Kelmarin, Abdul Hadi memaklumkan bahawa Pas merancang untuk membentuk kerajaan di Selangor dan mengambil alih pemerintahan selepas PRU14 nanti.

Sehubungan itu, Syed Badli berkata Pas seharusnya menyedari bahawa kerajaan negeri terbentuk kerana muafakat antara gabungan Pakatan Rakyat selepas mendapat mandat pada PRU12 lalu.

“Ternyata kenyataan angkuh yang dizahirkan di hadapan ratusan penyokong Pas pada himpunan Fastaqim di Shah Alam, bertujuan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan yang telah terbina,” katanya.

Tambahnya, sudah sampai masanya Pas berundur secara terhormat daripada kerajaan negeri selepas Abdul Hadi menyatakan hasrat parti Islam tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here