Jarang sekali Parti Amanah Negara (PAN) menyuarakan ketidakpuasan hati mereka walaupun kerap diberikan kerusi yang paling sedikit antara DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan.

Sumber dalaman menyatakan keyakinan parti-parti lebih dominan kurang terhadap PAN karana merka baru ditubuhkan dan kurang pengalaman. Diskriminasi ini tidak sejajar dengan segala usaha keras yang telah dibuat oleh ahli PAN dalam penubuhan parti itu sendiri.

Dominasi DAP dan PKR jelas dilihat apabila banyak kali membuatkan PAN seperti pekerja dan orang suruhan mereka dalam mempromosikan PH. Malangnya, usaha itu tidak dihargai kerana sentiasa menerima kerusi yang paling sedikit dalam PRU1.

Berbeza dengan pergaduhan yang berlaku ketika Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, mereka lantang bersuara atas diskriminasi yang terjadi dalam pembahagian kerusi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here