Selepas tercetus kontroversi Panggilan Hangit, HotFM menghadiahkan basikal kepada seorang mangsa segmen hiburan itu.

Hadiah stesen radio swasta terkenal itu untuk Zairi Zainal meneruskan hasrat menjelajah semenanjung Malaysia ke 320 masjid secara solo, lapor Kosmo!.

Serahan basikal dibuat dalam segmen Geng Pagi Hot FM hari ini yang dikendalikan penyampai Shuk, Fizie dan Issey.

Dalam panggilan main-main itu, Zairi diberitahu akan ditaja dalam ekspedisinya tersebut tetapi sebenarnya tajaan itu hanya gurauan segmen Panggilan Hangit.

Susulan itu, ramai pendengar yang tidak berpuas hati membuat kecaman di media sosial sebelum Hot FM memohon maaf kepada peminatnya di Facebook.

“Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak.

“Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami,” kata stesen itu dalam kenyataannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here