KUALA LUMPUR – Panda gergasi betina Liang Liang selamat melahirkan seekor anak betina pada pukul 1.45 petang semalam di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara dekat sini.

Kelahiran itu dianggap mengejutkan kerana sebelum ini sudah dua kali pihak Zoo Negara gagal dalam cubaan mengawankan Liang Liang dan pasangan jantannya, Xing Xing.

Difahamkan, cubaan itu dilakukan dari 21 Mei hingga 27 Mei tahun lepas dan dari 28 April hingga 7 Mei lalu.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata, pekerja dan pakar veterinar di GPCC mengesan gerak-geri Liang Liang yang luar biasa sejak dua minggu lalu.

“Liang Liang mula menunjukkan tanda-tanda luar biasa seperti tiada selera makan, kurang aktif dan mengeluarkan bunyi pelik daripada kebiasaan.

“Sejak itu, pakar-pakar veterinar Zoo Negara membuat ujian darah dan menimbang berat badannya… mereka menjangka 80 peratus kemungkinan yang Liang Liang bunting,” katanya.- Kosmo

Rosly berkata, petugas-petugas di GPCC mengesan keadaan Liang Liang yang berusia sembilan tahun menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin selepas ia dikeluarkan dari kandang ke tempat pameran pada pukul 10 pagi semalam.

“Liang Liang kelihatan gelisah di tempat pameran sehingga kira-kira 1 tengah hari tadi (semalam). Ia mula menyorok di satu sudut terlindung sebelum melahirkan anaknya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3jEHA6Ai6
Hakcipta terpelihara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here