Saya tidak faham kenapa PAN masih tidak boleh hadam dan terima hakikat yang kini tanah hak milik FELDA di Jalan Semarak telah dikembalikan semula kepada agensi tersebut.

PAN terus-terusan mengeruhkan keadaan dengan membuat pelbagai spekulasi dan provokasi yang menyatakan ada ‘cerita’ disebalik penyerahan semula 16 keping hak milik tanah FELDA oleh Synergy Promenade Sdn Bhd. Sepatutnya, mereka tidak berhak mempertikaikan keputusan Synergy Promenade Sdn Bhd untuk memulangkan semula tanah tersebut.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah FELDA akan diteruskan.

Ada baiknya, jika PAN hanya duduk diam dan menunggu laporan selanjutnya dari pihak yang terlibat. Bukannya beriya-iya cuba untuk menjadi hero dalam menangani isu ini.

Jadi saya menyeru kepada PAN untuk menghentikan segala provokasi ini kerana ia akan menimbulkan api kebencian rakyat terhadap parti tersebut untuk kesekian kalinya. Dan PAN juga tidak perlu menjadikan isu ini sebagai modal semata-mata ingin mempengaruhi rakyat untuk menyebelahi mereka.

Sedangkan, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad berhempas pulas dan bermati-matian ingin membela kebajikan peneroka untuk mendapatkan semula tanah mereka. Sebaliknya PAN pula tidak henti-henti membuat drama provokasi untuk mengelirukan rakyat. Sedarlah saya kini, PAN hanya sebuah parti yang gemar meracuni fikiran rakyat dengan isu-isu seperti ini.

Malah, mereka juga sengaja mahu menanam keraguan dan kebimbangan rakyat terhadap FELDA dan pihak Kerajaan. Jadi harapan saya, rakyat jangan mudah terpengaruh dengan setiap hasutan PAN.

 

Dhia Hani,

Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here