Pakatan Harapan percaya ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya lima peratus saja pertambahan undi Melayu untuk menawan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berdasarkan data pengundian daripada PRU13, 5% diterjemahkan kepada kira-kira 1,485 undi.

Analisis itu berdasarkan pada trend pengundian tiga pilihan raya umum lalu yang menunjukkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin menurun sejak ia memegang kerusi itu pada 1974.

Aktivis PH seperti Norhayati Bachok menganggapnya tidak mustahil dengan penerimaan hangat yang diterimanya di kampung-kampung penyokong tegar BN.

“Mereka membenarkan kami masuk dan itu adalah satu petanda yang baik. Kami juga menerima maklum balas yang baik daripada peniaga pasar tani dan pelawat ketika kami mengadakan lawatan di sana,” kata ketua Wanita Amanah Johor itu.

Ahli jawatankuasa Amanah Muar, Ishak Abu Bakar optimis dengan kemungkinan peluang trend mengundi yang akan diterima gabungan itu.

“Pada PRU 13, kami menerima 80% undi daripada pengundi Cina dan hanya sekitar 38% hingga 45% sahaja daripada pengundi Melayu,” kata guru bersara berusia 62 tahun itu.

“Kami memerlukan 5% atau lebih sedikit untuk mengalahkan BN,” kata Ishak.-MI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here