pru14

Pakatan Harapan (Harapan) bersedia menjadikan Johor sebagai lima negeri termaju dalam Malaysia sekiranya pakatan terbabit memenangi PRU14 akan datang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pihaknya berjanji akan membawa perubahan di negeri selatan itu, yang dilihat mempunyai potensi yang amat besar menjadi antara negeri termaju di negara ini.

“Kalau kita lihat kedudukan negeri Johor dalam senarai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita, negeri ini menduduki tangga ke-9, di bawah negeri Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang.

“Sekiranya Harapan berjaya menawan Johor, kami akan memastikan situasi negeri ini berubah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pakatan itu akan melakukan tiga perkara penting sekiranya berjaya memenangi negeri Selat Tebrau itu dan salah satunya adalah menjalankan satu inkuiri awam bagi menyiasat beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat dalam jenayah penyalahgunaan kuasa serta pecah amanah.

Perkara yang kedua yang boleh dilakukan oleh Harapan adalah memberi bukti bahawa mereka mampu mentadbir Johor dengan baik dan memperkenalkan agenda yang mempunyai kepentingan terhadap majoriti rakyat negeri itu.

“Oleh itu, empat parti komponen dalam Harapan perlu memberi keyakinan dari sekarang supaya rakyat mengundi mereka ketika PRU14, yang mungkin berlangsung tidak lama lagi.

“Pada masa sama, kita perlu berhati-hati dengan segala ‘operasi belakang tabir’ atau kempen propaganda yang mungkin dilakukan BN dan Umno dengan  menyerang pemimpin Pakatan Harapan,” tegasnya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here