Veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Harapan memberi jaminan sebarang salah guna kuasa malah persepsi kelakuan itu – dulu dan sekarang – akan disiasat.

Kit Siang memberitahu sesi pertemuan bersama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya malam tadi bahawa beliau sentiasa berpegang kepada pendirian itu.

Beliau menjawab soalan sama ada beliau akan menyiasat dakwaan salah laku yang dilemparkan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad oleh pembangkang sekiranya Pakatan Harapan diberi kuasa, terutamanya sekarang apabila Dr Mahathir adalah sekutu dalam gabungan itu.

Dr Mahathir duduk bersebelahan Lim.

Lim bagaimanapun berkata masa depan lebih penting daripada peristiwa dahulu.

Beliau menjelaskan pertama paling penting ialah menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak dan membina semula negara.

Beliau menyeru anak muda untuk lihat ke depan dan bagaimana membetulkan negara dan institusi negara.-FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here