1mdb

Pakatan Harapan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kembali kertas siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan dokumen rasmi mahkamah dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang terkini.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, SPRM mempunyai peranan penting dalam memulihkan maruah Malaysia pihak terlibat dihadapkan ke mahkamah.

“Kami menggesa agar SPRM menyiasat semula kes penyelewengan 1MDB yang telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia,”katanya ketika ditemui di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Azizah bersama Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden, Datuk Abdul Rashid Asari, Setiausaha Agong Amanah, Mohd Anuar Tahir meluangkan masa setengah jam di dalam bangunan suruhanjaya itu untuk menyerahkan memorandum tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here