pru14

PENGANALISIS politik menjangkakan peningkatan pengaruh DAP dalam arena politik Malaysia pada PRU14.

Menurut Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, situasi ini berlaku kerana penyokong parti itu dilihat terus setia memberi sokongan selain kekuatan pengaruh pemimpin mereka.

“DAP akan lebih dominan. Kerusi DAP dijangka bertambah dan jika DAP kekal memerintah Pulau Pinang, ianya pentadbiran mutlak DAP tanpa Exco daripada PKR.

“Kali ini parti paling selamat dan meraih sokongan kuat adalah DAP. Pengundi tetap mereka dari kaum Cina akan kekal bersama DAP serta memperkukuhkan kerusi DAP sedia ada,” katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, situasi pada PRU14, Md Shukri berkata, “taufan Pas akan melanda PKR hingga parti itu tinggal kenangan,”.

“Walaupun Pakatan Harapan menghadapi gelora protes Pas terhadap DAP, badai taufan akan hanya menghakis kuasa politik PKR,” katanya.

Jelasnya lagi, PKR, Amanah dan Bersatu dalam Pakatan Harapan akan menjadi parti kerdil didominasi secara mutlak oleh DAP.

“Pakatan ibarat kilang pembangkang, dan pemilik sebenar kilang adalah DAP. Jadi parti-parti lainnya ibarat pekerja,” katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat memenangi undian popular buat pertama kali.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here