Kota Bharu – PAS sedang berusaha untuk membina kes dan membuat siasatan terperinci mengenai sebilangan anggotanya yang menyertai pertubuhan NGO Gerakan Harapan Baharu.

 

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.

 

“Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.

 

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.

 

“Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan,” katanya.

 

Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti.

 

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1161232

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here