Astro Malaysia Holdings Berhad dinobatkan sebagai Organisasi Terbaik 2015, di Majlis Anugerah Nasional Pengurusan Perakaunan (NAfMA) pada Khamis malam.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut bagi Astro.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, kepada Ketua Pegawai Pelaburan Astro, Raymond Tan.

“Ini merupakan pengiktirafan usaha kepada organisasi Astro yang dipimpin Datuk Rohana Rozhan dalam memperkenal idea baru dan teknik baru, untuk membawa bisnes Astro ke peringkat yang lebih baik.

“Kami berasa sangat berbesar hati dan rendah hati untuk memenangi anugerah ini,” jelasnya pada Khamis malam.

Jelas Raymond lagi, kemenangan itu akan menjadi pendorong kepada Astro untuk terus melakukan yang lebih baik, berbanding sekarang.

NAfMA merupakan sebuah anugerah berprestij bagi menghargai kejayaan organisasi dalam pengurusan perniagaan.

 Turut tercalon adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dalam Kategori Ketua Pegawai Eksekutif 2015.
Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here