Orang Tua

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan saranannya untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari politik sebagai satu tindakan kasih sayang.

Menurut Astro AWANI Khairy menolak dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa beliau takut orang tua dalam berpolitik.

“Saya sayang orang tua, sebab tu saya minta dia bersara,” jawabnya ringkas dalam sidang media selepas melancarkan Aset Digital KL2017 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.

Sebelum ini, Tun Mahathir dilaporkan melahirkan merasa hairan mengapa Ketua Pemuda Umno itu “takut dengan orang tua”.

Ia susulan Khairy menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, bersama pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai tiga ahli politik yang seharusnya bersara.

Khairy berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin UMNO, dilihat banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri masing- masing.

Katanya Kit Siang pula bertindak menanam pemikiran sempit dalam kalangan masyarakat Melayu yang boleh membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here