Pendekatan Umno Johor melaksanakan politik berbentuk khidmat bakti, terbuka dan progresif yang selari dengan citarasa generasi muda mendapat pujian.

Khairy Jamaluddin berkata, Ketua Pemuda Umno, generasi muda pada masa kini lebih mahu melihat politik yang positif, bukan politik yang melagakan mana-mana pihak, membuat serangan peribadi dan memfitnah.

“Generasi muda lebih kepada politik yang bercorak positif. Pentas politik sepatutnya untuk berkhidmat.

“Dan saya percaya dan yakin pendekatan Umno Johor di bawah Datuk Seri Mohamed Khaled (Nordin) adalah menepati kehendak dan citarasa generasi muda,” katanya.

Khairy berkata, banyak penekanan diberikan kerajaan negeri dan Umno Johor terhadap soal pendidikan khususnya pembangunan kemahiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here